Kisah si ayah dan anaknya....

Today I would like to share a story with all of you; a story about a father and his son.

Si anak sedang menuntut di sebuah kolej di ibukota, manakala bapanya tinggal di kampung bersama si ibu.

Pada suatu hari, si bapa menelefon anaknya untuk bertanya khabar. Mereka berdua mula berbual tentang pelajaran si anak, kesihatan dan perihal keadaannya di sana; suatu dialog yang sering didengari antara seorang bapa dan anaknya.

Setelah beberapa minit, si bapa memulakan ceritanya.
Rupa-rupanya, si bapa ingin bercerita tentang kereta baru yang dihadiahkan oleh si abang kepadanya. Si bapa bercerita dengan penuh semangat sehinggakan si anak yang berada di hujung talian mula tersenyum.

‘Alhamdulillah, betapa gembiranya bapaku dapat kereta baru’, detikan hati si anak.

Kemudian, si bapa pula memberitahu yang dia kini berada di hospital. Si bapa jatuh tergelincir seawal pagi tadi semasa dia baru sahaja keluar dari rumah. Dia mengalami kecederaan ringan di dagu dan kaki.

Setelah tamat si bapa bercerita, si anak memulakan bicaranya pula:
Ayahku, saya bersyukur kerana ayah telah mendapat peringatan daripada-Nya. Barangkali Allah mengizinkan kemalangan tersebut berlaku kepada ayah supaya ayah tidak alpa dengan nikmat dunia yang dikurniakan. Semoga ujian ini membuatkan ayah merasa betapa hampirnya Allah dengan kita.

Si bapa terdiam, kelu seketika; di benak hatinya,’ Alhamdulillah, tak sia-sia usahaku menghantar dikau menuntut ilmu ke sana, wahai anakku. Ya Allah, aku mohon semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh, yg bisa mendoakan kesejahteraan daku selepas aku tiada. Semoga mereka sentiasa memberiku peringatan, menghindariku dari kealpaan duniawi. Amin. ’



[Credit goes to the family for sharing it with me. Thank you for allowing me to publish it so that others may benefit from it as well.]


I leave the rest to you…….

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

I have an idea, lets make a video project!

Leaders?!

What's in my typical bag to uni?