Posts

Showing posts with the label inspire

Kisah si ayah dan anaknya....

Image
Today I would like to share a story with all of you; a story about a father and his son. Si anak sedang menuntut di sebuah kolej di ibukota, manakala bapanya tinggal di kampung bersama si ibu. Pada suatu hari, si bapa menelefon anaknya untuk bertanya khabar. Mereka berdua mula berbual tentang pelajaran si anak, kesihatan dan perihal keadaannya di sana; suatu dialog yang sering didengari antara seorang bapa dan anaknya. Setelah beberapa minit, si bapa memulakan ceritanya. Rupa-rupanya, si bapa ingin bercerita tentang kereta baru yang dihadiahkan oleh si abang kepadanya. Si bapa bercerita dengan penuh semangat sehinggakan si anak yang berada di hujung talian mula tersenyum. ‘Alhamdulillah, betapa gembiranya bapaku dapat kereta baru’, detikan hati si anak. Kemudian, si bapa pula memberitahu yang dia kini berada di hospital. Si bapa jatuh tergelincir seawal pagi tadi semasa dia baru sahaja keluar dari rumah. Dia mengalami kecederaan ringan di dagu dan kaki. Setel...